Monday, May 17, 2010

Kerajaan : Jawatan Kosong Dewan Bahasa Dan Pustaka [Expired 31 Mei 2010]


Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:

1.PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
2.PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BAHASA GRED S27
3.PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN GRED S27
4.PENOLONG JURUAUDIT GRED W27
5.PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN GRED KP27
6.JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17
7.AHLI FOTOGRAFI GRED B17
8.PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11


1.PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41 - Penempatan di DBP Ibu Pejabat

SYARAT LANTIKAN

(a)Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred F41:P1T1); atau
(b)Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred F41:P1T3); atau
(c)Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred F41:P1T6); atau
(d)Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred F41:P1T9); dan
(c)Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat yang telah disahkan dalam perkhidmatan, layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara lantikan kepada jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 oleh Pihak Berkuasa Melantik, tertakluk pada kekosongan jawatan; dan
(a)Mempunyai kelayakan di perenggan (a) hingga (d) di atas; dan
(b)Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.


2.PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BAHASA GRED S27 -Penempatan di DBP Ibu Pejabat

SYARAT LANTIKAN
(a)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mempunyai tidak kurang daripada enam (6) tahun pengalaman dalam penulisan bahasa dan sastera atau penyuntingan/penterjemahan buku dalam bahasa Melayu; atau
(b)Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(c)Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan berdasarkan nilai taraf diploma berkenaan, iaitu pada Gred S27:P1T5 atau T6 atau T8);dan
(d)Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


3.PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN GRED S27 -Penempatan di DBP Wilayah (Utara, Timur dan Selatan)

SYARAT LANTIKAN
(a)Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(b)Diploma Sains Perpustakaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S27:P1T8)dan
(c)Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


4.PENOLONG JURUAUDIT GRED W27 -Penempatan di DBP Ibu Pejabat

SYARAT LANTIKAN
(a)Diploma dalam bidang pengajian perakaunan, pengajian bank atau pengajian perdagangan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W27:P1T5) ; atau
(b)Licentiate of the Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang pentadbiran kewangan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred W27:P1T8)dan
(c)Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


5.PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN GRED KP27 -Penempatan di DBP Ibu Pejabat

SYARAT LANTIKAN
(a)(i)Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii)Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KP27:P1T5) ; atau
(iii)Bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;
(b)Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i)Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii)Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii)Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv)Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
(v)Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.dan
(c)Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a) (i) atau (ii) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


6.JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17 -Penempatan di DBP Ibu Pejabat

SYARAT LANTIKAN
(a)Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred FT17:P1T1); atau
(b)Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred FT17:P1T6); atau
(c)Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred FT17:P1T9); dan
(d)Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


7.AHLI FOTOGRAFI GRED FT17 -Penempatan di DBP Ibu Pejabat

SYARAT LANTIKAN
(a)Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti di bidang seni foto dan/atau kamera filem atau seni lukis.

UJIAN KHAS
Calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menetukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.


8.PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11 -Penempatan di DBP Ibu Pejabat

SYARAT LANTIKAN
(a)(i)Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(b)Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i)Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii)Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii)Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv)Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
(v)Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.dan
(c)Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a) (i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Pejabat yang telah disahkan dalam perkhidmatan, layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara lantikan kepada jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11 oleh Pihak Berkuasa Melantik, tertakluk pada kekosongan jawatan; dan
(a)(i)Mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau
(ii)Lulus Peperiksaan Khas; dan
(b)Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

IMBUHAN DAN ELAUN
Calon yang dilantik layak menerima pelbagai kemudahan dan elaun yang sedang berkuat kuasa dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.
CARA MEMOHON
Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (Borang Personel 27/99) yang boleh didapati di Bahagian Pengurusan Personel, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur atau melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 38 cm x 25 cm bersetem 40 sen, beralamat sendiri dan dihantar ke alamat seperti di bawah. Pemohon juga boleh mendapatkan borang melalui laman sesawang DBP: http://www.dbp.gov.my.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada :

KETUA PENGARAH,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
PETI SURAT 10803,
50926 KUALA LUMPUR.
(u.p.: Pengurus Personel)

KETERANGAN AM
Pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan ini dianggap TIDAK BERJAYA

Tarikh tutup permohonan pada 31 MEI 2010

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak Kerajaan : Jawatan Kosong Dewan Bahasa Dan Pustaka [Expired 31 Mei 2010] Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:

0 comments

Loading...

loading...