Tuesday, June 8, 2010

Jawatan Kosong Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) [Expired: 20 Jun 2010]

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. Penolong Pegawai Penguatkuasa N27
2. Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa J17

1. Penolong Pegawai Penguatkuasa N27

SYARAT LANTIKAN :
(a) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(b) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5)
(c) Bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran Fizikal dan Pancaindera seperti berikut:-
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg. bagi lelaki dan 46kg.bagi wanita.
(iii) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;dan
(vi) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan Kerajaan;DAN
(e) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c) (i) atau (ii) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN (KPSL) :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguatkuasa adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 5 di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


2. Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa J17

SYARAT LANTIKAN :
(a) Sijil dalam bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-institusi pengajian tinggi atau Politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T9);DAN
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT LANTIKAN:
Syarat lantikan secara terperinci beserta dengan maklumat lanjut berkenaan dengan jawatan-jawatan yang diiklankan boleh diperolehi dengan melayari laman web MDHS di www.mdhs.gov.my.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
i) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan penilaian prestasi yang terkini;
ii) Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;
iii) Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
iv) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
v) Pemohon diminta mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat.

PERMOHONAN:
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang (MDHS I) yang boleh dibeli di Kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan dengan harga RM2.00 tunai/naskhah

Permohonan hendaklah dihantar kepada:-

Yang DiPertua
Majlis Daerah Hulu Selangor
Jalan Bukit Kerajaan
44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor Darul Ehsan.
(u.p.: Jabatan Khidmat Pengurusan)

Tarikh tutup: 20 JUN 2010

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak Jawatan Kosong Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) [Expired: 20 Jun 2010] Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:

0 comments

Loading...

loading...