Wednesday, June 9, 2010

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kerian [Expired: 30 Jun 2010]

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan kosong dan keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

1.Pembantu Undang-undang Gred L29

SYARAT LANTIKAN :

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(i)Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii)Diploma dalam bidang Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L29: P1T4 RM 1671.91]; dan
(iii)Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
(i)Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Undang-undang) dan Jurubahasa adalah layak dipertimbang oleh PIhak Berkuasa Tempatan berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pembantu Undang-Undang Gred L29 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(i) mempunyai kelayakan di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


2.Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29

SYARAT LANTIKAN :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(i)Diploma Kesihatan Persekitaran daripada Kolej Inspektor Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
((Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6); dan
(ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


3.Penolong Juruaudit Gred W27

SYARAT LANTIKAN :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(i)Diploma dalam bidang pengajian perakaunan, pengajian bank atau pengajian perdagangan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W27 : P1T5); atau
(ii)Licentiate of the Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang pentadbiran kewangan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W27 : P1T8); dan
(iii)Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
(i)Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Juruaudit adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Juruaudit Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan B(i) di atas atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


4.Penolong Akauntan Gred W27


SYARAT LANTIKAN :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(i)Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W27 : P1T5); atau
(ii)Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W27 : P1T8); dan
(iii)Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

YARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
(i)Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan B(i) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


5.Penolong Pegawai Penerangan Gred S27


SYARAT LANTIKAN :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(i)Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii)Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S27 : P1T5); dan
(iii)Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
(i)Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penerangan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan B(i) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


6.Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred N27


SYARAT LANTIKAN :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(i)(a)Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(b)Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dari UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T5 ); atau
(c)Bekas Inspektor Polis DiRaja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam perkhidmatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;
(ii)Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
(a)Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(b)Berat badan sekurang-kurangnya 48kg. bagi lelaki dan 46kg. bagi wanita;
(c)Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(d)Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(e)Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(f)Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan; dan
(iii)Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (i)(a) dan (b) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


7.Pembantu Penguat Kuasa Gred N17


SYARAT LANTIKAN :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(i)(a)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(b)Bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan
dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(ii)Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
(a)Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(b)Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(c)Mempunyai ukuran dada biasa sekurang-kurangya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(d)Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(e)Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(f)Diakui sihat sesuai oleh Pegawai Perubatan Kerajaan; dan
(iii)Calon yang memiliki kelayakan di perenggan B (i)(a) atau (b) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
1.Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan.
2.Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga.
3.Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

PERMOHONAN:
1.Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Rasmi MDK 1 (PKDM) yang boleh diperolehi di Pejabat Majlis Daerah Kerian dengan bayaran sebanyak RM 2.00 untuk satu borang. Bagi permohonan secara pos, sampul surat beralamat sendiri (saiz A4) dan bersetem RM 0.50 perlu dikemukakan bersama bayaran RM 2.00 (Wang Pos) (Atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Kerian).

BORANG PERMOHONAN

2.Sekiranya borang ini dipindah turun dari laman web, bayaran perkhidmatan sebanyak RM2.00 hendaklah disertakan dalam bentuk Wang Pos diatas nama Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian bagi setiap satu borang yang dikemukakan (kiriman wang tunai tidak dibenarkan)
3.Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Diploma/Sijil Persekolahan, surat beranak, kad pengenalan dan gambar berukuran pasport serta dikemukakan kepada:

YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH KERIAN
NO 1 WISMA MDK
JALAN PADANG
34200 PARIT BUNTAR
PERAK DARUL RIDZUAN

Tarikh tutup: 30 JUN 2010

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak Jawatan Kosong Majlis Daerah Kerian [Expired: 30 Jun 2010] Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:

1 comments

Anonymous said...

jika ada kekosongan jwatan yg setaraf spm sy ingin sekali mengisi nya d majlis daaerah kerian.harap pihak mdk dpt menhubungi sy melalui alamat f 31 parit tanjung piandang perak @ hbungi sy 0175753603 tima kasih....

Loading...

loading...