Type Here to Get Search Results !

Search Here

(12 Julai 2010) Jawatan Kosong Kolej Kemahiran Tinggi MARA

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya seperti berikut:
1.Pemandu (R3)
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a)Warganegara Malaysia;
b)Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ini;
c)(i)Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
(ii)Memiliki lesen memandu kelas E/E1/E2 berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
(iii)Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini; dan
(iv) Memiliki lesen PSV
d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
Fungsi Bidang Tugas:
Membawa pelajar-pelajar termasuk pegawai-pegawai menjalankan tugas rasmi, memastikan kenderaan dijaga dengan baik serta bertanggungjawab ke atas Buku Log Kenderaan dan melaksanakan tugas-tugas lain yang diarah.
Cara memohon:
1)Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan resume berserta salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
a)Salinan sijil atau keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan
b)Salinan sijil kelahiran, Kad Pengenalan dan sijil-sijil persekolahan yang disahkan
c)Salinan lesen memandu dan PSV
d)1 keping gambar terbaru berukuran pasport
2)Resume yang lengkap dengan dokumen tersebut hendaklah di alamatkan kepada:
Pengarah,
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya,
No. 12, Jalan Templer,
46000 Petaling Jaya,
Selangor darul Ehsan.
Tarikh Tutup Permohonan: 12 Julai 2010 (Isnin)

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Ads Area