Tuesday, July 27, 2010

(18 Ogos 2010) Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

1. PENOLONG PEGAWAI SYARIAH (GRED LS27)
2. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (BILAL MASJID BANDAR/JAJAHAN)(GRED S17)
3. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (PENYIASAT/NAZIR MASJID)(GRED S17)


SYARAT LANTIKAN:

1. PENOLONG PEGAWAI SYARIAH (GRED LS27)

a. i) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia;atau
ii) Diploma dalam bidang pengajian Islam (Syariah) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;dan
b. Lulus Bahasa Malaysia /Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat kenaikan Pangkat secara lantikan:
- Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Syariah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Syariah Gred LS27, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan, dan:
i) mempunyai kelayakan diperenggan (a) (i) diatas; atau
ii)lulus peperiksaan khas


2. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (BILAL MASJID BANDAR/JAJAHAN)(GRED S17)

a. i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian dalam subjek Agama Islam dan Lulus Bahasa Arab; atau
ii) Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama daripada Sekolah agama bantuan penuh kerajaan;dan;
b. Lulus Bahasa Malaysia /Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


3. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (PENYIASAT/NAZIR MASJID)(GRED S17)

- a. i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian dalam subjek Agama Islam dan Lulus Bahasa Arab; atau
ii) Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama daripada Sekolah agama bantuan penuh kerajaan;dan;
b. Lulus Bahasa Malaysia /Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

UMUR:
- Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Pegawai sedang berkhidmat yang layak dibawah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan


CARA MEMOHON:

- Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn. 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23sm yang beralamat sendiri serta bersetem 60 sen atau mengambil sendiri di Unit Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
- Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Prestasi Tahun 2010/terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
- Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul bersetem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.
- Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

ALAMAT PERMOHONAN:

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABhg. Dato' Timbalan Yang DiPertua
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kompleks Balai Islam, Lundang
15200 KOTA BHARU
Kelantan

PERKARA AM:
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 18 OGOS 2010

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak (18 Ogos 2010) Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:

1 comments

Anonymous said...

Bolehkah saya mendapatkan borang di mana-mana kaunter yang terdekat kerana saya menetap di Pahang. Saya sangat berharap dapat menjadi sebahagian daripada warga MAIK.
Sekian, terima kasih.

Loading...

loading...