Monday, August 16, 2010

(30 Ogos 2010) Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Taiping

Warganegara Malaysia yang berkelayakan berumur tidak kurangdari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk membuat permohonan jawatan seperti berikut. Keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzaun.

1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA (J29) 1 KEKOSONGAN

SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Diploma dalam bidang perancangan Bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Pegawai Perancang Bandar dan Desa adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(a) di atas; atau
ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan


2. PEMBANTU PERTANIAN (G17) 1 KEKOSONGAN

SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Sijil Institut Pertanian, Kementerian Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred G17:P1T8);dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


3. PEMBANTU PENILAIAN (W17) 1 KEKOSONGAN

SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek
Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut (Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T1) atau
ii) Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T9) dan
(b) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


4. PEMANDU KENDERAAN (R3) 2 KEKOSONGAN

SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) (i) tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
(ii) memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)] (Keutamaan diberi kepada pemandu kelas E/E1/E2 – memandu bas)
iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini

Gaji permulaan ialah pada Gred R3:
- Lesen D P1T3
- Lesen E/E1/E2 P1T4
- Lesen F/H P1T5
- Lesen G/I P1T6

dan (b) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

Syarat Kenaikan Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(a) (ii) dan (iii) di atas;dan
(ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan


5. PEKERJA AWAM (R1) 40 KEKOSONGAN

SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) (i) tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
(ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini
(Gaji permulaan ialah pada Gred R1:P1T3)
dan (b) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.


CARA MEMOHON:
- Semua permohonan hendaklah mengemukakan Borang Permohonan yang boleh didapati di Kaunter Bayaran, Aras Bawah, Majlis Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping (waktu pejabat) dengan bayaran sebanyak RM2.00 atau dengan muat turun (download) melalui laman web Majlis Perbandaran Taiping (www.mptaiping.gov.my) dengan menyertakan bersama kiriman wang pos sebanyak RM2.00 atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Taiping sebagai wang proses. Borang permohonan adalah terhad.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

- Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil / Ijazah dan keputusan peperiksaan yang telah diperolehi yang diakui sah oleh pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan sekeping gambar berukuran passport dengan sampul surat berukuran 10”x 15” beralamat sendiri dan setem RM2.00.
- Permohonan hendaklah sampai kepada :-

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Taiping,
Jalan Taming Sari,
34000 Taiping,
Perak.

Permohonan berikut akan DITOLAK:
- Tidak langkap atau tidak terang
- Tidak mematuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan di dalam skim perkhidmatan
- Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat
- Tidak ditandatangani

CATATAN AM:
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan merekasebagai tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan : 30 Ogos 2010

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak (30 Ogos 2010) Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Taiping Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:

0 comments

Loading...

loading...