Type Here to Get Search Results !

Search Here

(30 Ogos 2010) Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad

Tenaga Nasional Berhad mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk memohon mengikuti Program Pendidikan Kemahiran Ketukangan (PPKK). Bidang kemahiran ketukangan yang ditawarkan ialah bidang kemahiran elektrik dan mekanikal. Program pendidikan selama 9 bulan ini akan dijalankan di TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd - ILSAS, Bangi dan lokasi-lokasi tertentu yang lain.

Syarat-syarat Kelayakan
1.Memiliki Sijil Kejuruteraan Elektrik / Elektrik dan Elektronik / Mekanikal dari Politeknik/Kolej Komuniti dengan CGPA diantara 2.00 hingga 2.49 atau Sijil MLVK Tahap 2 & 3 (Elektrikal/Mekanikal) atau Sijil Pendawaian (PW 2/PW 3/PW 4) atau Sijil Penjaga Jentera (Chargeman) AO dan A1
2.Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPM/SPVM) dengan lulus matapelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Matematik
- Sains/Fizik
3.Umur tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember 2010
4.Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna
5.Anak-anak pekerja/pesara LLN/TNB serta pekerja – pekerja kontrak TNB yang memenuhi syarat-syarat di atas digalakkan memohon
6.Tawaran ini terbuka kepada calon-calon lelaki sahaja

Cara Memohon
1.Permohonan hendaklah menggunakan Borang PPKK 2010/2011 (juga boleh didapati di pejabat-pejabat TNB yang berhampiran)

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

2.Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik (SPM dan sijil elektrikal/mekanikal), salinan transkrip dan salinan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan dan dialamatkan kepada:

Pengurus Besar (Pengurusan Sumber Manusia)
Bahagian Sumber Manusia Kumpulan
Tenaga Nasional Berhad
Tingkat 9, Ibu Pejabat
No. 129 Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur

Sila tuliskan perkataan “PPKK 2010/2011 " di bahagian atas sebelah kiri sampul surat anda.

Permohonan yang tidak lengkap, tidak disertai dengan salinan-salinan sijil atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk sesi ujian/temuduga. Sekiranya permohonan tidak dijawab dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan : 30 Ogos 2010

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Ads Area