Tuesday, September 14, 2010

(17 & 21 September 2010) Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad

Tenaga Nasional Berhad, sebuah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia, mempelawa calon-calon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai:

1. Penolong Juruteknik Tingkatan Biasa

Syarat-syarat Kelayakan
•Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM Tahap 3) dalam bidang Mekanikal dari mana-mana institut yang menawarkan bidang pengajian yang dinyatakan:
?Keutamaan pengajian dalam bidang penyelenggaraan dandang, automatif, mekanik industri, pengeluaran
•Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kredit matapelajaran Bahasa Malaysia dan salah satu matapelajaran lain sama ada Matematik atau Sains
•Sihat tubuh badan tanpa penyakit kronik

Tugas & Tanggungjawab
•Menjalankan tugas-tugas kendalian dan pengawasan terhadap loji tarbin gas, tarbin stim, dandang pemindah haba
•Memahami secara umum kaedah-kaedah keselamatan, menjalani latihan pencegah kebakaran dan tindakan kecemasan (Emergency Preparedness And Response-EPR). Menjadi ahli pasukan pemadam kebakaran dan EPR bila berlaku kebocoran minyak dan bahan kimia
•Memahami fungsi-fungsi loji dan mesin-mesin bantu di dalam kawasan rondaan
•Menjalankan rondaan diseluruh kawasan dewan Tarbin Gas, Tarbin Stim, Dandang Pemindah Haba termasuk alat-alat Bantu yang berkaitan dan memastikan semuanya berfungsi dengan baik dan selamat
•Mengambil bacaan log seperti tercatat di dalam logsheet yang disediakan dan majukan kepada Pengendali Blok Kanan untuk disemak dan diperiksa. Logsheet berkenaan perlu difailkan dengan kemas kerana ianya adalah merupakan rekod ISO
•Peka dengan nilai-nilai dan fakta-fakta kendalian termasuk had-had kendalian penggera (alarms) dan pelantikan loji
•Melaporkan segala kecacatan loji dengan tepat dan jelas kepada Juruteknik Tingkatan Kanan
•Kerja-kerja pengasingan (isolation) loji mengikut peraturan keselamatan yang telah digariskan
•Kerja-kerja pemulihan (normalization) dan pengujian bila sesuatu system atau mesin hendak dimulatugaskan
•Kerja-kerja memulatugas dan hentitugas semua alatbantu berkaitan seperti pam, pemampat, kipas dan sebagainya
•Kerja-kerja penukaran penyejuk, pemindah haba dan penapis (Coolers, heat exchangers & strainers)
•Menjalankan aktiviti-aktiviti kendalian mengikut prosedur ISO
•Bersedia dalam setiap masa untuk bertindak dalam keadaan kecemasan seperti yang dinyatakan dalam Black Start Procedure

Cara Memohon
Sila majukan permohonan anda dengan melengkapkan Borang Permohonan berserta salinan Sijil SPM, Sijil SKM Tahap 3 dan lain-lain yang berkaitan, juga gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Pengurus Besar
Pengurusan Sumber Manusia & Perkhidmatan Pentadbiran
Bahagian Penjanaan, TNB
Aras 6, Bangunan Penjanaan,
Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad
No. 129, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur

Tarikh Tutup Permohonan: 17 September 2010

•Sekiranya anda tidak dimaklumkan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh iklan ditutup, anda tidak disenarai pendek untuk jawatan yang dipohon
•Hanya pemohon yang disenaraipendek dijemput untuk menduduki sesi pemilihan seterusnya iaitu temuduga

Penempatan
Calon calon yang berjaya akan ditempatkan di Stesen-Stesen Janaelektrik, Bahagian Penjanaan, TNB di seluruh Malaysia.


-------------------------------
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan jawatan Pembaca Jangka Tingkatan Biasa 'B' di Bahagian Pembahagian TNB seluruh Semenanjung Malaysia.

1. Pembaca Jangka Tingkatan Biasa 'B'

Taraf Jawatan
Tetap (Tempoh percubaan 6 bulan)

Syarat-syarat Kelayakan
•Warganegara Malaysia
•Minima Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengan memperolehi sekurang-kurangnya peringkat 8D dalam matapelajaran Bahasa Malaysia
•Memiliki lesen memandu B2
•Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna
•Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan
•Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia
•Hanya terhad kepada calon lelaki sahaja

Cara Memohon
Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki memohon secara online dengan melayari: http://emadis.tnb.com.my/

•Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga
•Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Wan Faizul Azahar bin Wan Mansor
Telefon : 03-79679396 atau
Emel: faizulazahar@tnb.com.my

Penempatan
Calon calon yang berjaya akan ditempatkan di Bahagian Pembahagian TNB seluruh Semenanjung Malaysia

Tarikh Tutup Permohonan: 21 September 2010

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak (17 & 21 September 2010) Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:

0 comments

Loading...

loading...