Kelab Shah Alam Selangor ingin menawarkan jawatan-jawatan kosong di bawah ini untuk dipenuhi oleh calon-calon yang memiliki kelayakan seperti berikut:
1. EKSEKUTIF MAKANAN DAN MINUMAN
SYARAT KELAYAKAN:
- Memiliki Diploma dalam bidang Hotel/Pengurusan katering atau setaraf dengannya.
- Calon-calon yang mempunyai pengalaman menjawat jawatan yang setaraf dengannya akan diberikan keutamaan.
- Tanggungjawab di dalam Pengurusan, Operasi, dan Perkembangan dan Perancangan keseluruhan Jabatan Makanan dan Minuman.
2. EKSEKUTIF KEWANGAN
SYARAT KELAYAKAN:
- Memiliki Diploma dalam bidang Perakaunan
- Calon-calon yang yang mempunyai pengalaman menjawat jawatan yang setaraf dengannya akan diberikan keutamaan.
- Bertanggungjawab di dalam Pengurusan Kewangan Kelab, Laporan Kewangan, P&L Statement dan Pengurusan Aliran Tunai.
3. EKSEKUTIF PENYELENGGARAAN DAN FASILITI
SYARAT KELAYAKAN:
- Memiliki sekurang-kurangnya Diploma di dalam bidang kejuruteraan/elektrik.
- Calon-calon yang yang mempunyai pengalaman menjawat jawatan yang setaraf dengannya akan diberikan keutamaan.
- Bertanggungjawab di dalam Pengurusan dan Operasi keseluruhan Jabatan Penyelenggaraan dan Fasiliti.
4. JURUELEKTRIK
SYARAT KELAYAKAN:
- Memiliki Diploma/Sijil di dalam bidang pendawaian/elektrik.
- Calon-calon yang yang mempunyai pengalaman menjawat jawatan yang setaraf dengannya akan diberikan keutamaan.
CARA MEMOHON:
Calon-calon yang berminat boleh menghantar biodata diri bersama salinan sijil yang berkaitan melalui e-mel kepada admin@kelabshahalam.com atau hantarkan kepada:
KELAB SHAH ALAM SELANGOR
No. 1A Jalan Aerobik,
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-55100001
Faks: 03-55100596
Sila nyatakan jawatan yang dipohon pada sampul surat permohonan.
HANYA CALON YANG DISENARAI PENDEK SAHAJA AKAN DIHUBUNGI
Tarikh Tutup Permohonan : 25 Oktober 2010


Post a Comment
0 Comments