Type Here to Get Search Results !

Search Here

Jawatan Kosong Felda (11 September 2013)

Jawatan Kerja Kosong Felda logo
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Felda seperti berikut:-

1. PENGARAH AUDIT DALAM

SYARAT LANTIKAN
-Warganegara Malaysia;
-Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Kelulusan
-Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
-Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan
-Berpengalaman dan beramal dalam profesion ini lebih 10 tahun
-Mempunyai tauliah Audit Dalam (Certified Internal Auditor) Fungsi Bidang Tugas:
-Menjalankan tanggungjawab untuk fungsi perancangan dan penyelarasan Juruaudit Dalaman;
-Menyediakan rancangan audit serta mengawas dan menyelia aktiviti Audit Dalam meliputi program audit, skop kerja perjawatan, bajet dan latihan;
-Menjalankan tugas-tugas pengauditan merangkumi auditan pengurusan, kewangan dan sistem maklumat pengurusan berkomputer serta lain-lain auditan yang berkaitan;
-Menyediakan laporan pengauditan dan menjalankan susulan ke atas cadangan audit.

CARA MEMOHON
Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan perkhidmatan secara online melalui sistem e-jobs dengan melayari laman web www.felda.net.my

Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan, Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.

CATATAN
Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan sila hubungi No. Tel : 03-26172681 / 2685 / 2687

Tarikh Tutup Permohonan:- 11 September 2013

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Ads Area