Type Here to Get Search Results !

Search Here

Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) (08 Disember 2014)

Jawatan Kerja Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) logo www.ohjob.info disember 2014
Kerja Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) seperti berikut:-

1. Pegawai Tadbir N41
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
Dan cara memohon

1. Permohonan jawatan ini terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 45 tahun pada tarikh iklan ditutup.
2. Sila pastikan borang permohonan jawatan secara "on-line" diisi dengan lengkap.
3. Jika pemohon dipanggil untuk menghadiri temuduga, sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut:-
 i. Sekeping gambar berukuran pasport yang ditulis nama dan no. kad pengenalan dibelakangnya;
 ii. Kad pengenalan asal dan satu salinannya yang diakui sah;
 iii. Sijil-sijil asal berkaitan dan satu salinannya yang diakui sah; dan
 iv. Apa-apa surat akuan asal dan satu salinannya yang diakui sah.
4. Sijil-sijil hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.
5. Sekiranya pemohon sedang memegang jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan, pemohon hendaklah membawa bersama surat pelepasan daripada Ketua Jabatan, penyata perkhidmatan dan laporan sulit apabila menghadiri temuduga.
6. Semua pemegang-pemegang biasiswa/dermasiswa dikehendaki mendapatkan surat akuan pelepasan perjanjian dari Penganjur biasiswa/dermasiswa mereka sekiranya dipanggil untuk menghadiri temuduga.
7. Tuntutan perbelanjaan berkaitan dengan permohonan atau temuduga ini tidak akan dilayan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.
8. Lembaga Lebuhraya Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas permohonan yang tidak diterima atau tidak lengkap.

Tarikh Tutup Permohonan:- 08 Disember 2014

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Ads Area