Kerja Kosong Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) seperti berikut:-1. Penolong Pegawai Tadbir N27
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
Dan permohonan online
Syarat Lantikan :
(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan; atau
(Gaji Permulaan ialah pada Gred N27 : RM 1,362.00 )
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan; atau
(Gaji Permulaan ialah pada Gred N27 : RM 1,362.00 )
(iii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya; atau
(Gaji Permulaan ialah pada Gred N27 : RM 1,661.95 )
(iv) Diploma dalam bidang pengurusan harta diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred N27 : RM 1,737.15 )
(v) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan.
Tarikh Tutup Permohonan:- 14 Disember 2014

.jpg)
Post a Comment
0 Comments