OhJobs, Jawatan Kosong 2016, Kerja Kosong 2016, Jawatan Kosong Kerajaan 2016, Jawatan Kosong Swasta 2016, Job Vacancy, Kerja Kosong Kerajaan, 2016, Iklan Jawatan Kosong 2016, Jobs in Malaysia 2016, Temuduga Terbuka 2016, Jawatan Kosong Kerajaan Terkini, Download Borang Jawatan Kosong, Kementerian Kesihatan, Majlis Bandaraya, Badan Berkanun, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, Universiti, Kolej, Jobsmalaysia, Kerajaan, Swasta, GLC, Job Vacancies

Jawatan Kosong Pusat Pungutan Zakat (PPZ) (31 Oktober 2015)

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)


loading...
Jawatan Kerja Kosong Pusat Pungutan Zakat (PPZ) logo www.ohjob.info oktober 2015
Kerja Kosong Pusat Pungutan Zakat (PPZ)
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Pusat Pungutan Zakat (PPZ) seperti berikut:-

1. Network Administration
2. Web Developer (Security)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
Dan cara memohon

Usaha untuk merubah dari yang baik kepada lebih baik bukanlah mudah. Justeru pada awal tahun 1990 bahawa sistem pungutan zakat boleh dilaksanakan secara sistematik, menggunakan teknologi terbaru dengan cekap dan berkesan mula dicetuskan.

Justeru cadangan untuk melaksanakan penubuhan satu agensi yang dipanggil Pusat Pungutan Zakat dikemukakan kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, (MAIWP) Tan Sri Dr. Yusof Noor. Jawatankuasa petugas ini diketuai DatoĆ¢€™ Haji Abdul Rahim Abu Bakar, manakala ahli-ahlinya Haji Omar Thean Abdullah, Haji Mohd Zihin Hassan dan Haji Abdul Khalid Abdul Aziz. Pasukan petugas ini memulakan tugasan pada 20 Disember 1989. Antara tugas-tugas kumpulan ini memberi panduan timbal balik pada kajian yang dibuat oleh satu firma perunding yang dipilih. Perkara asas yang dicadangkan dalam kajian tersebut bahawa sebuah Yayasan perlu diwujudkan oleh MAIWP. Tujuan penubuhan Yayasan mewujudkan pengurusan berbentuk korporat untuk mengendalikan usaha pungutan zakat bagi pihak Baitulmal Wilayah Persekutuan.

Teras kepada sistem baru ini ialah prosedur pungutan yang direkabentuk dan disesuaikan melalui sistem komputer.Ia melibatkan borang taksiran zakat, sistem kod (coding),sistem mengumpul maklumat,sistem pembayaran, sistem timbang tara (check and balance), sistem pemasaran dan sistem laporan.Setelah satu tahun kajian, perancangan dan pelaksanaan maka Pusat Pungutan Zakat telah mula beroperasi pada awal tahun 1991.

Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) adalah agensi yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). PPZ-MAIWP mula beroperasi pada 1 Januari 1991 bertujuan mengutip semua jenis zakat harta. Zakat harta yang menjadi fokus utama PPZ-MAIWP adalah zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat perniagaan, zakat emas, zakat perak, zakat saham, zakat Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

Amalan pengurusan PPZ-MAIWP adalah berbentuk korporat yang diuruskan oleh Hartasuci Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh MAIWP. Hartasuci Sdn Bhd diletakkan di bawah Yayasan Taqwa Berhad yang dikawal MAIWP. Mulai 1 Januari 2006 Hartasuci Sdn Bhd diletakkan terus di bawah MAIWP.

PPZ-MAIWP yang berteraskan kepada memungut zakat harta di tiga wilayah utama iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Pengagihan zakat atau program-program agihan kepada lapan asnaf yang layak menerima zakat adalah di bawah Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

PPZ-MAIWP menjadi contoh organisasi kutipan zakat di Malaysia kerana julung kali mula beroperasi menggunakan teknologi komputer 16 tahun lalu. Kecekapan dan keberkesanannya meningkatkan kutipan zakat dari tahun ke tahun serta bentuk pemasaran yang agresif meningkatkan kesedaran masyarakat Islam untuk berzakat. Baitulmal berjaya menjalankan pelbagai bentuk program dan mendirikan beberapa pusat sosial, kebajikan dan pendidikan khususnya masyarakat bandar hasil dari kutipan zakat yang meningkat setiap tahun.

Tarikh Tutup Permohonan:- 31 Oktober 2015
loading...

Rahsia Temuduga
Musuh Penyakit Kronik

Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan

Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* (URGENT) Pekerja Di Rumah Diperlukan (Klik Sini)
* rakandana.com : Rakan Pemulihan Kewangan Anda ! (Klik Sini)
* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:
0 Komen untuk "Jawatan Kosong Pusat Pungutan Zakat (PPZ) (31 Oktober 2015)"
Back To Top