Eksesais Pengambilan Konstabel PDRM (Lelaki/Wanita) (01 Februari-01 Mac 2016)

Jawatan Kerja Kosong Polis DiRaja Malaysia (PDRM) logo www.ohjob.info februari mac 2016
Kerja Kosong Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Polis DiRaja Malaysia (PDRM) seperti berikut:-

Eksesais Pengambilan bagi jawatan Konstabel Wanita dan Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita) akan diadakan mulai 1/2/2016 hingga 1/3/2016.

Calon-calon yang telah mendaftar melalui sistem Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi tahun 2014/2015 boleh menghadirkan diri pada tarikh-tarikh dan tempat-tempat yang ditetapkan (Lampiran ’A’).

Sila baca dahulu Skim Perkhidmatan Bagi Jawatan Konstabel (KLIK SINI) atau Skim Perkhidmatan Bagi Jawatan Konstabel Sokongan (KLIK SINI) untuk panduan sebelum menghadiri ujian tersebut.

ANDA DIKEHENDAKI MEMBAWA BERSAMA PERKARA-PERKARA BERIKUT :-

-Salinan dan bukti mengesahkan telah membuat permohonan melalui SPA tahun 2014/2015.

-Kad pengenalan asal dan 1 salinan;

-Sijil kelahiran asal dan 1 salinan;

-Sijil SPM, PMR dan Sijil Tertinggi asal dan 1 salinan;

-Sijil berhenti sekolah asal dan 1 salinan;

-1 salinan kad pengenalan ibu dan bapa, 1 salinan sijil kelahiran ibu dan bapa atau sijil kematian ibu dan bapa;

-1 salinan sijil kewarganegaraan (jika ada) bagi calon, ibu dan bapa;

-1  keping gambar terkini berukuran pasport;

-Pen-ball point, liquid paper serta gam;

-Bawa seluar pendek dan t-shirt berlengan pendek untuk pemeriksaan fizikal (Lelaki/Wanita);

-Sekiranya anda gagal membawa sijil-sijil asal atau tidak hadir di pusat ujian pada masa yang ditetapkan, anda tidak dibenarkan menjalani ujian pemeriksaan tersebut.

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
Dan cara memohon

ANDA DIKEHENDAKI BERPAKAIAN SUKAN (TRACK BOTTOM DAN T-SHIRT BERKOLAR) SERTA BERKASUT SUKAN SEMASA MENGHADIRI UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL. (JEANS, KEMEJA-T DAN SELIPAR TIDAK DIBENARKAN).

-Anda dikehendaki hadir di pusat ujian pemeriksaan fizikal sebelum jam 9.00 pagi.

-Anda dinasihatkan bersarapan pagi sebelum menghadiri Ujian pemeriksaan fizikal.

-Calon-calon yang gagal membawa dokumen-dokumen asal dan tidak mencukupi syarat-syarat skim perkhidmatan akan diarahkan balik.

-Sebarang kemusykilan, boleh menghubungi talian berikut:- 03-22668347 / 8349 / 8350 / 8351 / (Unit Pengambilan). 

Tarikh Tutup Permohonan:- 01 Mac 2016

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak Eksesais Pengambilan Konstabel PDRM (Lelaki/Wanita) (01 Februari-01 Mac 2016) Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila Kongsikan Kepada Semua.

Artikel Terkait

loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:

1 comments so far

Slm..bleh tanye lampiran A tu nk tgk kat mane nk hadir untuk temuduga? Bg calon y sdh isi spa thn 2014/15 bleh cek kat mane untuk temuduga ke terus dtg temuduga je..

Loading...

loading...