Sunday, April 3, 2016

Jawatan Kosong Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (10 April 2016)

Jawatan Kerja Kosong Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia logo www.ohjob.info april 2016
Kerja Kosong Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia seperti berikut:-

1. PEGAWAI BOMBA KB17 (286 Kekosongan)


MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

PERMOHONAN ONLINE
Syarat Lantikan:

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM936.00 ]

ii. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

-tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
-berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
-mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
-lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
-pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
-diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.


iii. lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan seperti berikut:

-mengangkat berat seberat 54kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
-menjulang dan menegakkan tangga Ajax;
-menaiki tangga penyelamat 16.5m; dan
-memanjat tali.

iv. lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Lantikan Bekas Anggota Tentera:

Bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau Staf Sarjan yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class I dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Calon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan di perenggan (ii) dan (iii) di atas.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Ahli Bomba adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Bomba Gred KB17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i. mempunyai kelayakan di perenggan (i) di atas; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

i. Melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan.
ii. Melaksanakan kerja penyelenggaraan harian ke atas jentera bomba dengan cekap.
iii. Mengendalikan pam bomba.
iv. Melaksanakan tugas-tugas pemanduan jentera bomba dengan cekap.
v. Melaksanakan kerja-kerja di Bilik Kawalan dan Pengawasan.

Tarikh Tutup Permohonan:- 10 April 2016

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak Jawatan Kosong Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (10 April 2016) Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:

0 comments

Loading...

loading...