Type Here to Get Search Results !

Search Here

Jawatan Kosong Jabatan DiRaja Johor (05 Mei 2016)

Jawatan Kerja Kosong Jabatan DiRaja Johor logo www.ohjob.info mei 2016
Kerja Kosong Jabatan DiRaja Johor
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Jabatan DiRaja Johor seperti berikut:-

1. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17
2. PEMBANTU OPERASI N11
3. PENGAWAL KESELAMATAN
Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh diperolehi secara percuma daripada Jabatan DiRaja Johor dengan mengambil sendiri di pejabat pada waktu pejabat atau menghantar satu smapul surat berukuran 10cm x23cm bersetem dan beralamat sendiri.

Bagi pemohon yang masih berkhidmat dengan mana-mana Jabatan Kerajaan perlu membuat permohonan melalui Ketua Jabatan serta dilampirkan bersama salinan Laporan Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini.

Hanya calon yang berkelayakan selepas ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya permohonan tidak menerima maklum balas selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah ini sebelum atau pada tarikh tutup permohonan 05 Mei 2016.

PENGELOLA BIJAYA DIRAJA
JABATAN DIRAJA JOHOR
ISTANA BESAR JOHOR
80000 JOHOR BAHRU

Tarikh Tutup Permohonan:- 05 Mei 2016

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Ads Area