Kerja Kosong Lembaga Air Perak (LAP)
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Air Perak (LAP) seperti berikut:-1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N19
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
Dan cara memohon
Bagi tujuan pelantikan ke Lembaga Air Perak, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan atau
a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
b) lulus enam mata pelajaran termasukBahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
c) memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
CARA MEMOHON
Borang-borang permohonan jawatan boleh dimuat turun dan dicetak daripada laman sesawang Lembaga Air Perak -http://www.lap.com.my beserta syarat syarat dan maklumat jawatan.
Permohonan hendaklah sampai kepada :
PENGURUS BESAR LEMBAGA AIR PERAK
JALAN ST. JOHN,
30200 IPOH.
U/P: Unit Perjawatan).
Tarikh Tutup Permohonan:- 10 Ogos 2016
Post a Comment
0 Comments