Wednesday, November 23, 2016

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8i) (27 November 2016)

Jawatan Kerja Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8i) logo www.ohjob.info november 2016
Kerja Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8i) November 2016
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8i) November 2016 seperti berikut:-

1. Pembantu Hal Ehwal Islam S19 - 13 Kekosongan
2. Pembantu Tadbir P/O N19 - 42 Kekosongan

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

PERMOHONAN ONLINE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Datang ke Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Sejajar dengan perkembangan semasa yang menekankan kepada penggunaan ICT dalam urusan seharian, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) komited bagi menyediakan Portal yang mesra pengguna dalam penyampaian perkhidmatannya.

SPA menyedari bahawa pelanggan bukan sahaja berkehendakkan penyampaian perkhidmatan yang efisien tetapi juga cepat dan mudah dicapai pada bila-bila masa dari mana-mana jua. Urusan dengan SPA kini tidak lagi terhad kepada waktu pejabat semata-mata. Ini adalah kerana Portal ini menyediakan pelbagai perkhidmatan di antaranya seperti Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i), Semakan Status Permohonan, Semakan Urusan Perkhidmatan, ePertanyaan dan sebagainya. Ini seiring dengan hasrat kerajaan yang menyasarkan peratusan penggunaan perkhidmatan kerajaan sebanyak 90% secara atas talian menjelang tahun 2015.

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, SPA telah memperkenalkan penggunaan MyID dan Kata Laluan di dalam Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) mulai 21 Februari 2011. Kaedah ini diperkenalkan untuk menjaga keselamatan maklumat pemohon dan memudahkan urusan pelanggan yang berminat memohon jawatan dalam perkhidmatan awam. Penggunaan MyID dan Kata Laluan ini juga memudahkan calon mengemaskini maklumat dan membuat semakan status permohonan pada bila-bila masa.

SPA juga telah berjaya melakar sejarah apabila mendapat Penarafan Portal Lima (5) Bintang dalam penilaian yang dibuat oleh Multimedia Development Corporation (MDeC). Sebanyak 1,349 Portal / Laman Web telah dinilai dan SPA mendapat tempat ke-3 daripada 240 Agensi / Kementerian / Jabatan yang mendapat penganugerahan 5 Bintang tersebut. Pencapaian ini adalah amat membanggakan SPA kerana dicapai melalui usaha dalaman pegawai-pegawai ICT dan warga SPA seluruhnya tanpa bantuan pihak perunding swasta.

Dunia ICT sentiasa berubah dengan pantas dan tiada had sempadan. Sehubungan itu, bagi meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan SPA, para pelanggan dialu-alukan untuk mengemukakan cadangan/pandangan mengenai penyampaian perkhidmatan SPA dan portal ini. Maklumbalas ini dapat membantu SPA untuk melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan.

Saya berharap portal ini mampu menjadi satu wadah memudahkan orang ramai berurusan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia selaras dengan motto Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu Mudah, Cepat dan Tepat. Dengan itu, selamat melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Tarikh Tutup Permohonan:- 27 November 2016

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8i) (27 November 2016) Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:

0 comments

Loading...

loading...