Jawatan Kosong PMNK - Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (19 Februari 2017)

Jawatan Kerja Kosong di PMNK - Perbadanan Muzium Negeri Kelantan logo www.ohjob.info februari 2017
Kerja Kosong di PMNK - Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Februari 2017
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di PMNK - Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Februari 2017 seperti berikut:-

1. Penolong Akauntan W29


Pemohon hendaklah menggunakan Borang PMNK 1 (Pin.1/2017) dengan bayaran RM2.00 yang boleh didapati di Pejabat Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dengan dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah di hantar kepada :

Pengarah,
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan,
Jalan Hospital, 15000 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.

Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Sejarah Penubuhan

Perbadanan Muzium Negeri Kelantan telah ditubuhkan di bawah Enakmen Bilangan 6 Tahun 1975, dan dikuatkuasa pada 1 September 1976, mengikut Warta Kerajaan Kelantan – KN.P.U.26, bertarikh 26 Ogos 1976.

Sebelum wujudnya Enakmen ini, usaha penubuhan Muzium Negeri Kelantan dikelolakan oleh satu “Jawatankuasa Muzium Negeri” yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan semenjak tahun 1952 lagi.

Sesuai dengan Enakmen Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Bilangan 6 Tahun 1975 dan Undang-Undang yang berkaitan seperti Ordinan Benda Purba dan Harta Karun No. 14/1957 serta Akta Perlembagaan A704/111988, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan telah diamanahkan dalam menentukan arah, perlaksanaan, tugas dan tanggungjawab.

Pada tahun 1980, beberapa orang kakitangan telah dilantik bagi menjalankan segala aktiviti Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Manakala pada 1 Januari 1981, pejabat sementara Perbadanan Muzium ini telah berpindah daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ke Rumah Kerajaan, JKR 12.1, Kampung Sireh, Kota Bharu (sekarang berada dalam kawasan Kompleks Kota Darulnaim).

Pada bulan Mac 1981, kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian Istana Jahar sebagai Muzium sementara telah dilakukan dengan kos sebanyak RM164,650. Pada 1 Julai 1981, muzium sementara mulai dibuka kepada orang ramai dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Serentak dengan itu, pejabat sementara Perbadanan Muzium ini juga telah berpindah ke Istana Jahar.

Pada tahun 1991, sekali lagi Pejabat Perbadanan Muzium Negeri Kelantan telah berpindah ke bangunan lama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), dimana bangunan Istana Jahar telah dijadikan Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan dan bangunan lama MPKB dijadikan Muzium Negeri.

Tarikh Tutup Permohonan:- 15 Februari 2017

SYARAT KELAYAKAN
Dan cara memohon

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak Jawatan Kosong PMNK - Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (19 Februari 2017) Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.

Artikel Terkait

loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* 5 Langkah Untuk Kerkenalkan Diri Semasa Temuduga (Klik Sini)

* 3 Jenis Pinjaman Bank Yang Dapat Duit Paling FASTER (Klik Sini)

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:
Loading...