Monday, September 18, 2017

Temuduga: Generasi Kini Ramai Biadab, Tin kosong


GENERASI muda hari ini perlu sentiasa meletakkan ego mereka pada tempat yang betul dan jangan sesekali bersikap kasar terutamanya ketika menghadiri temuduga pekerjaan.

Walaupun mereka digalakkan berani mencari peluang dan bersikap lantang, ia tetap ada batasnya. Lantang dan berani tidak bertempat, hanya menimbulkan persepsi buruk dan menyukarkan lagi mereka mencari kerja.

Pengarah Eksekutif ZY Phyto, Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly mengakui berdasarkan pengalamannya, generasi baru agak biadab, tidak sopan, manja, berkira, meminta-minta dan kurang rasa tanggungjawab.

Menurutnya, kebanyakan graduan muda yang diambil bekerja juga tidak menunjukkan kesungguhan, semangat, minat, prestasi dan bertanggungjawab  seperti generasi terdahulu.

“Saya sering menerima permohonan kerja daripada lepasan universiti dan latihan praktikal daripada pelajar tahun akhir, penganggur tapi daripada banyak permohonan, biasanya hanya dua, tiga sahaja yang memuaskan hati dan layak dipanggil temuduga. Yang lain tu boleh saya kategorikan sebagai ‘cakap sampah’ yang layak dibakul sampahkan.

“Walaupun tidak semua, tapi ramai generasi muda sekarang tidak begitu bersemangat dalam dunia pekerjaan mereka. Baginya kerja itu bukan suatu kerjaya tapi sekadar kerja,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, lebih teruk, golongan ini hanya berfikir melakukan kerja mereka tanpa mempedulikan aktiviti pejabat, objektif syarikat dan petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan.

“Asal cukup bulan dapat gaji cukup. Kalau rasa bosan, lompat cari kerja lain. Kalau tiada kerja pun masih boleh bergantung duduk dengan mak bapak,” katanya.

Kata Sharifah Ameelia lagi, apa yang menyedihkan, kebanyakan mereka tidak bersedia terutamanya penyediaan resume dan tidak melambangkan sebagai lepasan universiti.

“Dari segi penulisan pula, ada yang agak memalukan dan tiada mukadimah atau permohonan selayaknya. Surat permohonan rasmi kebanyakan tidak mengikut format yang betul, banyak kesalahan ejaan, penggunaan tatabahasa yang carca-marba.

“Ayat yang digunakan pun sangat pasar dan kebudak-budakan macam tulis surat kepada kawan, tidak serius malah resume pun ada yang satu muka surat, maklumat tidak lengkap, tiada gambar dan pelbagai lagi kelemahan, dalam erti kata lain, memohon sambil lewa.

“Ada yang dengan muka kurang sopan terus bertanya berapa gaji boleh bagi dan ‘demand’ melalui talian, WhatsApp atau email walaupun belum lagi ditemuduga!,” katanya.

Katanya lagi, majoriti majikan mengutamakan sikap, berbanding akademik kerana ia mempengaruhi gaya individu itu bekerja.

“Zaman teknologi memungkinkan sebahagian pemegang ijazah memiliki sifat dinamik dan berkebolehan secara holistik. Boleh jadi juga ada pemegang ijazah yang hanya boleh berkata-kata apabila ada buku atau manual pekerja di tangan mereka.

“Majikan lebih mementingkan karakter pekerja seperti kebolehan kecerdasan minda, keupayaan memimpin, membuat keputusan, bekerja dalam kumpulan, kemahiran komunikasi, membuat perancangan, tahap integriti yang tinggi dan komited,” katanya.

Ditanya kenapa generasi muda sekarang terlalu lantang, Sharifah Ameelia berkata ia mungkin disebabkan perubahan teknologi, pembelajaran yang lebih kepada maya dan peranti, maka interaksi sesama manusia semakin seperti robot tanpa dilapik dengan perasaan, jiwa dan rasa hormat..

“Generasi muda sekarang kurang budi bahasa, nilai murni sama ada dari segi sikap pemikiran dan tanggungjawab serta pembangunan akhlak. Mungkin kerana perubahan teknologi, pembelajaran yang lebih kepada maya, maka interaksi sesama manusia semakin kurang perasaan, jiwa dan rasa hormat," katanya.

Enam punca gagal temu duga kerja

1. Penampilan kurang menarik

- Perkara pertama yang dilihat oleh penemu duga terhadap calon adalah penampilan awal. Di sini ia memainkan peranan yang penting untuk menarik minat penemu duga.

2. Resume tidak menepati kehendak

- Calon gagal menyediakan resume yang mantap dan lengkap.

3. Tidak dapat meyakinkan penemu duga

- Calon gagal meyakinkan penemu duga mengenai kelebihan atau kebolehan dimiliki.

4. Tidak mampu berhujah dengan baik

- Calon tidak bijak berbicara dan melontarkan hujah terhadap sesuatu perkara yang dibangkitkan oleh penemu duga

5. Tidak berpengetahuan dan menipu

- Calon memberi jawapan sesuka hati sedangkan lebih baik jika calon mengakui bahawa tidak tahu untuk memberi jawapan.

6. Komunikasi

- Cara berkomunikasi kurang berkesan iaitu tidak menggunakan bahasa yang lebih formal.

 Artikel Sinar Harian




* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak Temuduga: Generasi Kini Ramai Biadab, Tin kosong Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:

0 comments

Loading...

loading...