Saturday, January 19, 2019

Kemasukan Khas Ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD)

Jawatan Kosong Kerajaan Dan Swasta Terkini Di Malaysia www.ohjob.info www.findkerja.com


Kemasukan Khas Ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD)

Penjawat Awam di kalangan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan (PAP) / Perkhidmatan Awam Negeri (PAN) / Badan Berkanun (yang menggunapakai sistem saraan Kerajaan) Gred 41 dan ke atas yang sedang berkhidmat secara tetap atau kontrak adalah dijemput untuk menyertai Skim Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik (PTD) tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.



DESKRIPSI JAWATAN

A. MAKLUMAT UMUM

Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Kumpulan                 Pengurusan dan Profesional & Pengurusan Tertinggi
Gred Jawatan                 M41 sehingga JUSA C
Status Jawatan         Tetap

B. SYARAT LANTIKAN DAN KEMASUKAN

a)warganegara Malaysia;
b)telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun di skim perkhidmatan semasa;
c)memperolehi Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terkini 90% dan ke atas ATAU penilaian kompetensi yang setara;
d)sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 3.00 atau setara;
e)bebas dari sebarang tindakan tatatertib;
f)memiliki tahap kecergasan fizikal, mental dan tingkahlaku (karakter) yang bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan;
g)mendapat perakuan dan pelepasan daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan; dan
h)hadir dan lulus dengan jayanya Kursus Persediaan PTD selama sepuluh (10) bulan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).


C. DESKRIPSI TUGAS

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
 

D. PROSEDUR PENGAMBILAN

Memohon melalui laman web JPA (www.jpa.gov.my)
Saringan 1
Lulus ujian Pra-ELPA(secara atas talian) sebelum dipertimbangkan untuk saringan dan penilaian seterusnya.
Saringan 2
Lulus Ujian English Language Proficiency Assessment (ELPA) sekurang-kurangnya Band 4.
Lulus Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) dan Saringan Inventori Diagnostik Personaliti.
Memiliki tahap kesihatan yang baik sebagaimana yang disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
Cemerlang (Band 5) dalam penilaian Leadership Development and Assessment Programme (LEAP) yang berkenaan.
Saringan 3
Lulus temuduga kemasukan khas PTD.
Hadir dan lulus dengan jayanya Kursus Persediaan PTD selama sepuluh (10) bulan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Pegawai lantikan tetap akan diberikan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) semasa menghadiri kursus.
Pegawai lantikan kontrak akan diberikan kemudahan Elaun Pra Perkhidmatan, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Kertas Projek dan Elaun Latihan Amali.

E. SYARAT PERTUKARAN PELANTIKAN DAN PENETAPAN GAJI

Calon yang berjaya melepasi kesemua saringan:

akan ditawarkan syarat pertukaran pelantikan yang secara keseluruhannya tidak kurang baik daripada syarat perkhidmatan yang sedang dinikmati oleh pegawai di gred hakiki jawatan asal; dan
penetapan gaji permulaan bagi urusan pertukaran pelantikan adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2016, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan pekeliling-pekeliling berkaitan yang masih berkuat kuasa.

PERMOHONAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) 



* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak Kemasukan Khas Ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:

0 comments

Loading...

loading...