Daftar Sekarang Skim Rumah Pertamaku (SRP) Pekerja Sektor Swasta
2018
Jawatan Kosong
Jawatan Kosong 2018
JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2020 - 2021
Kerajaan
Kerja Kosong
Kerja Kosong 2018
Swasta
Daftar Sekarang Skim Rumah Pertamaku (SRP) Pekerja Sektor Swasta - Credit To : kerjayaharian.com
Daftar Sekarang Skim Rumah Pertamaku (SRP) Pekerja Sektor Swasta
Nak beli rumah tak semudah beli kereta.
Banyak persiapan yang perlu dibuat antaranya duit deposit 10%.
Tapi memandangkan ramai yang tak “sempat” menyimpan, kerajaan menyediakan Skim Rumah Pertamaku (SRP) khas untuk pekerja sektor swasta.
Melalui skim ini, anda boleh mendapatkan pembiayaan pinjaman sehingga 100%.
Jadi anda tak perlu fikir tentang duit deposit rumah 10% atau kos guaman 5%.
Semuanya ditanggung SRP.
Tapi bukan semua orang layak mohon.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mohon Skim Rumah Pertamaku.
PENGENALAN SRP
Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan pada pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri ketika itu.
Tujuan utama adalah untuk membantu golongan muda yang baru mula kerja untuk memiliki rumah pertama.
Melalui skim ini, kerajaan akan membiayai pembelian rumah pertama anda tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan.
Namun ianya khas untuk pekerja di sektor swasta yang berpendapatan kurang RM5,000 sebulan.
Dan nilai rumah yang ingin dibeli hendaklah bermula dari RM100,000 sehingga maksimum RM500,000 sahaja.
PENDAFTARAN SKIM RUMAH PERTAMAKU SRP
Sebelum memohon, anda mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia sahaja
- Pembeli rumah pertama
- Pekerja di sektor swasta, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan
- Berumur tidak lebih daripada 40 tahun
- Pendapatan kasar peminjam perseorangan tidak lebih daripada RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar peminjam bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam)
- Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah
Sekiranya layak, anda boleh isi borang permohonan di bank-bank terlibat antaranya:
- Affin Bank
- Alliance Bank
- AmBank
- Bank Islam
- Bank Muamalat
- CIMB Bank
- HongLeong Bank
- Maybank
- MBSB Bank
- OCBC Bank
- Public Bank
- RHB Bank
- UOB Bank
SOALAN LAZIM
Q: Jika bekerja sendiri dengan pendapatan RM2,000 boleh mohon Skim Rumah Pertamaku?
A: Tidak boleh. Skim SPR hanya terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta sahaja, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan.
Q: Sekiranya saya bekerja sendiri dan pasangan bekerja di sektor swasta bolehkah kami memohon skim ini?
A: Tidak. Hanya pasangan anda yang layak mohon skim tersebut.
Q: Saya dan pasangan berpendapatan RM5,000 sebulan dan ingin membeli rumah berharga RM300,000. Bolehkah kami mohon skim ini?
A: Boleh. Dibawah skim ini, pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan bagi peminjam perseorangan atau peminjam bersama tidak boleh melebihi 60% daripada gabungan pendapatan bersih bulanan kedua-dua peminjam.
Andaikan jumlah komitmen sedia ada (ansuran kereta + pinjaman peribadi) adalah RM1,200.
Dalam kes ini, pembayaran balik maksimum bagi pinjaman perumahan dibawah SRP tidak boleh melebihi RM1,410 sebulan seperti tertera di bawah ini:
Contoh kiraan :
- Gabungan pendapatan kasar : RM2,000 + RM3,000 = RM5,000
- Gabungan pendapatan bersih : RM4,350 (pendapatan selepas potongan berkanun; cukai, KWSP & SOCSO)
- 60% daripada RM4,350 = RM2,610 (jumlah komitmen)
- Pembayaran balik pinjaman perumahan tidak boleh melebihi: RM2,610 – RM1,200 = RM1,410
Berdasarkan kadar faedah/keuntungan semasa dan tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan selama 35 tahun (tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan), jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM294,000.
Q: Adakah skim ini termasuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri?
A: Tidak. Skim ini tidak meliputi pembinaan rumah di bawah tanah sendiri.
HUBUNGI BANK TERLIBAT
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan lanjut, boleh hubungi mana-mana bank terlibat seperti tertera:
► Klik untuk senarai jawatan kosong
* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI) |
loading...
|
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak Daftar Sekarang Skim Rumah Pertamaku (SRP) Pekerja Sektor Swasta Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
0 comments
Post a Comment