Tuesday, March 3, 2020

Cara Mengemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Online / Manual


Cara Mengemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Online / Manual - Credit To : kerjayaharian.com

Cara Mudah Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Artikel pada hari ini bawakan khas panduan atau cara mudah untuk anda kemaskini maklumat anda dalam Bantuan Sara Hidup (BSH). Kaedah yang boleh anda gunakan, pada siapa yang perlu anda maklumkan semuanya ada disini,

APA ITU BANTUAN SARA HIDUP (BSH)?

Untuk pengetahuan anda bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diberi nama baru iaitu Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Seiring dengan janji sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, bantuan kewangan ini dijangka bakal diteruskan oleh kerajaan Malaysia pada tahun yang mendatang.

Bantuan kewangan yang mula diperkenalkan pada 2012 ini adalah khusus kepada golongan B40, iaitu individu atau keluarga berpendapatan rendah bagi mengurangkan beban kewangan mereka setelah beberapa subsidi bahan harian dimansuhkan oleh kerajaan.

Menurut bekas perdana menteri Malaysia, pemberian BSH merupakan saranan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menukar mekanisme pemberian subsidi secara pukal kepada subsidi bersasar yang dapat mengurangkan ketirisan. Kini setelah 6 tahun diperkenalkan, BSH sudah menjadi kelaziman buat rakyat Malaysia kerana dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup mereka.

Terkini seperti yang diumumkan dalam belanjawan 2020, terdapat tiga kategori penerima BSH iaitu:
  1. kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah diberikan sebanyak RM1,000
  2. kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000 diberikan sebanyak RM750
  3. kategori isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 diberikan sebanyak RM500

BSH diberikan dalam bentuk kredit ke akaun bank penerima dan juga secara baucar yang akan diberikan kepada penerima secara berperingkat.



KENAPA ANDA PERLU KEMASKINI MAKLUMAT BSH ANDA?
  1. Untuk memastikan bantuan dapat diberikan kepada yang memerlukan kerana terdapat beberapa perubahan dan tambahan syarat kelayakan BSH seperti kadar tambahan jumlah bantuan kepada anak.
  2. Untuk mengelakkan daripada permohonan lambat atau tidak diproses akibat daripada maklumat seperti alamat, nombor IC / Mykad dan akaun bank yang diberikan tidak tepat dan terkini
  3. Pengemaskinian maklumat waris supaya jika berlakunya kematian penerima sedia ada, pembayaran Skim Khairat Kematian (SKK) dan baki BSH dapat dilaksanakan dengan mudah

MAKLUMAT YANG PERLU ANDA DIKEMASKINI
  1. Maklumat pemohon. Pastikan nombor telefon adalah tepat untuk kegunaan log masuk MyBSH
  2. Anggaran pendapatan kasar bulanan
  3. Maklumat pasangan. Sila nyatakan anggaran pendapatan kasar bulanan pasangan
  4. Status perkahwinan. Jika kematian/perceraian, sila nyatakan tarikh kematian/perceraian
  5. Maklumat anak. Terhad kepada empat orang anak sahaja
  6. Maklumat bank. Pastikan anda pilih bank yang masih aktif. Jika akaun tidak sah atau pindahan tidak berjaya,
  7. Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuka akaun tertakluk kepada terma dan syarat
  8. Dokumen sokongan yang diperlukan. Terhad kepada enam dokumen sahaja dan tidak melebihi 3Mb untuk setiap fail
  9. Maklumat waris

BILA PERLUNYA ANDA KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN SARA HIDUP INI?
  1. Penerima sedia ada BSH tidak perlu mengemukan permohonan baru
  2. Sekurang-kurangnya sekali pengemaskinian dalam tempoh 3 tahun
  3. Penukaran maklumat peribadi seperti alamat dan nombor telefon
  4. Perubahan status perkahwinan, kematian pasangan/tanggungan dan perubahan waris.

CARA MUDAH KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020 ONLINE
  1. Kementerian Kewangan Malaysia telah menyediakan dua kaedah bagi tujuan pengemaskinian BSH pada tahun lepas iaitu:
  2. Kaedah secara dalam talian (online)
  3. Kaedah menggunakan borang manual

Sila pilih satu sahaja kaedah pengemaskinian supaya tidak berlaku duplikasi atau pentindihan maklumat.

KEMASKINI BSH SECARA DALAM TALIAN (ONLINE)
  1. Sila klik pada pautan ini untuk mengemaskini maklumat anda
  2. Isikan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang mohon TAC dan anda akan dapat enam digit nombor TAC
  4. Masukkan nombor TAC dan tekan butang hantar. Nombor TAC sah selama 24 jam sahaja
  5. Sila klik pada butang kemaskini untuk membuat kemaskini maklumat
  6. Sila kemaskini maklumat yang diperlukan dan tekan butang hantar jika sudah lengkap
  7. Isi Kod Captcha yang dipaparkan dan tekan bukan Sahkan Captcha untuk membuat pengesahan maklumat
  8. Tandakan ‘Tick’ pada kotak di paparan seterusnya untuk membuat pengakuan terhadap Nama Pemohon dan Nombor Pengenalan bagi pengesahan pengenalan
  9. Tekan butang Hantar untuk menyelesaikan proses kemaskini

Untuk maklumat lanjut, sila klik dua link yang disediakan di bawah:

KEMASINI BSH KAEDAH BORANG (MANUAL)

Borang manual kemaskini maklumat BSH boleh didapatkan percuma di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan atau boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi BSH Hasil setelah pengumuman rasmi diumumkan.

Pastikan anda sentiasa peka dengan maklumat terbaru kemaskini secara manual ini.

Berikut adalah jadual pembukaan kaunter bagi urusan pengambilan dan penyerahan borang manual serta borang kemaskini maklumat waris.

KESIMPULAN

Diharapkan perkongsian kami kali ini dapat memudahkan urusan anda dan menambah pengetahuan anda dalam mengendalikan status Bantuan Sara Hidup anda.

Sebarang maklumat baru akan pendaftaran baru untuk Bantuan Sara Hidup 2020 akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.

Terima kasih kerana terus bersama kami!



► Klik untuk senarai jawatan kosong

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak Cara Mengemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Online / Manual Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:

0 comments

Loading...

loading...