Thursday, March 5, 2020

Cara Semak Keputusan SPM 2019 Secara Online & SMS


Cara Semak Keputusan SPM 2019 Secara Online & SMS - Credit To : kerjayaharian.com

Semak Keputusan SPM 2019 Secara Online & SMS?

Tahniah diucapkan buat adik-adik yang mengambil keputusan SPM 2019 pada hari ini!

Bagi memudahkan adik-adik dan juga ibu-bapa untuk membuat semakan keputusan SPM 2019 ini, kami di Jutawan Online menyediakan artikel Semak Keputusan SPM 2019 Secara Online & SMS sebagai panduan mudah.

Anda dah bersedia?

Jom kita semak bersama!

Semak Keputusan SPM 2019 Secara Online & SMS


Berikut kami kongsikan kepada anda cara-cara membuat semakan keputusan SPM 2019 secara online dan SMS:

Untuk pengetahuan anda, selain daripada membuat semakan keputusan melalui online dan sms, keputusan SPM juga akan diedarkan dalam dua cara yang sama setiap tahun:
  1. Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan penuh peperiksaan SPM mereka dari sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada tarikh keputusan SPM diumumkan iaitu pada hari Khamis, 5 Mac 2020.
  2. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Seramai 416,416 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM pada tahun 2019 di 3,313 pusat peperiksaan di seluruh Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, 357,010 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan dan 8,320 adalah calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Selain itu, 8,317 adalah calon sekolah menengah agama negeri; 2,209 adalah sekolah menengah agama rakyat; manakala 14,203 adalah calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM; dan 26,357 adalah calon Persendirian.

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM ONLINE

Keputusan SPM boleh disemak secara online di pautan yang kami sediakan di bawah:

  1. Isikan No. Kad Pengenalan
  2. Masukkan angka giliran SPM
  3. Tekan butang ‘SEMAK

Sistem semakan ini akan aktif bermula dari tarikh keputusan SPM 2019 diumumkan iaitu pada hari ini (5 Mac 2020)

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM SMS

KPM menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui khidmat mySMS 15888. Cara semakan adalah seperti berikut:

Caranya:
  1. Taip SPM<jarak>No. KP<jarak>Angka Giliran
  2. Hantar ke 15888

Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi bermula dari tarikh rasmi keputusan SPM diumumkan iaitu pada 5 Mac 2020 sehingga 11 Mac 2020 jam 6 petang.

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM APLIKASI MOBILE

KPM juga ada melancarkan satu applikasi terbaru iaitu e-Lembaga Peperiksaan bagi memudahkan calon dan ibu bapa menyemak keputusan masing-masing.

Aplikasi ini boleh anda muat turun di Play Store.


KENYATAAN MEDIA KPM (KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2019)

*Bagi calon SPM 2019 yang ingin mengambil SPM Ulangan 2020 atau SPM sebagai calon persendirian tahun 2020, pendaftaran dibuka bermula dari 1 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Kesimpulan Semak Keputusan SPM 2019 Secara Online & SMS

Kami mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2019. Kini bermulah langkah ke menara gading untuk mencapai impian dan cita-cita.

Kepada adik-adik yang mnedapat keputusan kurang daripada target pencapaian, jangan putus asa! Banyak lagi peluang yang boleh adik-adik terokai di luar sana.

Kami berharap artikel ini memberi manfaat kepada anda. Sebarkan kepada rakan-rakan dan ibubapa yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

Terima kasih kerana sentiasa memilih kami sebagai sumber utama maklumat terkini untuk anda.

► Klik untuk senarai jawatan kosong

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak Cara Semak Keputusan SPM 2019 Secara Online & SMS Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:

0 comments

Loading...

loading...