Wednesday, March 25, 2020

Israel Mula Minta Bantuan Negara Islam Tangani Krisis COVID-19


Israel Mula Minta Bantuan Negara Islam Tangani Krisis COVID-19 - Credit To : ejawatankini.com

Kerajaan Israel dilaporkan telah mengerahkan badan perisikannya, Mossad untuk membantu mereka dalam membeli kit ujian coronavirus dari negara-negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel – mereka turut meminta bantuan dari negara-negara Arab dan Muslim.

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Sindo News pada Sabtu lalu, Israel dilaporkan sedang berada di dalam krisis kekurangan peralatan perubatan bagi membantu rakyat mereka yang dijangkiti wabak COVID-19.

Oleh disebabkan itu, kedutaan besar Israel dan Mossad dikerahkan tenaga mereka untuk mencari semua peralatan perubatan di negara-negara luar, termasuk negara muslim.

Netanyahu dilaporkan menggunakan kepakaran Mossad kerana organisasi ini mempunyai hubungan yang meluas dengan negara luar bagi mencari peralatan perubatan.

Mata-mata di negara luar pula turut melaporkan gerakan Zionis yang mula mendekati negara-negara Arab dan Muslim yang mempunyai pasukan perubatan yang ramai, namun akan menjadi masalah buat Israel kerana mereka tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

Mossad dikatakan sudah berjaya membeli 100,000 kit ujian COVID-19 yang sudah tiba di Israel, Khamis lalu. Badan perisikan itu hanya memberi sedikit komen kepada wartawan ketika ditanya.

Namun dilaporkan, Mossad melakukan kerja sia-sia kerana membeli 100,000 kit ujian tersebut sedangkan apa yang Kementerian Kesihatan Israel mahukan adalah tabung ujian yang boleh mengumpulkan sampel pesakit COVID-19 dalam jumlah yang banyak.

Pejabat Netanyahu mempertahankan tindakan Mossad dengan menyatakan bahawa peralatan perubatan yang sudah dibeli akan digunakan untuk keperluan lain.

Sumber : The Vocket
► Klik untuk senarai jawatan kosong

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak Israel Mula Minta Bantuan Negara Islam Tangani Krisis COVID-19 Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:

0 comments

Loading...

loading...